Tarikh Masehi - Hijrah

Selamat Datang : مرحبا بكم : Welcome : 欢迎 : Bienvenue : ยินดีต้อนรับ : Willkommen : ようこそ : 환영 : Добро пожаловать : Välkommen : Hoşgeldin : Chào mừng : Dobrodošli

Demi Masa

Peringatan

Selamat Datang Untuk Semua Tetamu


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

(103:1-3)


Aku & Anak-anak...


Akimus Solah

Produk Kami

Harta Dan Anak-anak Cubaan Hidup

Friday 10 September 2010
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
(Suruh Al-Kahfi : 46)

HURAIAN

Telah menjadi fitrah dan naluri manusia menjadikan harta dan anak-anak sebagai kebanggaan dan keseronokaan hidup. Mereka yang berharta dan mempunyai anak yang ramai akan merasa puas dengan kurniaan Allah S.W.T ini.

Anak-anak akan menjadi tonggak harapan masa depan dengan bimbingan dan pendidikan sempurna dari ibu bapa. Walaupun demikian, manusia diingatkan supaya jangan lalai dan leka dengan keseronokan dan keselesaan hidup ini kerana semuanya adalah sementara dan pinjaman sahaja. Apabila telah sampai masa dan ketikanya semua ini akan ditinggalkan kepada yang masih hidup. Yang kekal dan abadi hanyalah amalan kebajikan yag baik ketika hidup dan amal ibadat kepada Allah S.W.T.

Semua inilah akan dikira di sisi Allah dan diberikan sebaik-baik balasan dan pahala.

KESIMPULAN

Semua harta dan anak-anak adalah dianggap sebagai perhiasan semasa hidup di dunia ini. Namun, manusia diingatkan bahawa semua ini akan ditinggalkan.

Amal dan Ibadah sahaja yang akan dibawa bersama ketika bertemu Allah S.W.T. Di samping keseronokan dunia yang dikecapi, janganlah lupa melaksanakan suruhan-suruhan Allah S.W.T.

Sumber : Koleksi Artikel Tafsir JAKIM



0 comments:

Post a Comment

 

Y - Z

::::: Aku Budak Trolak :::::

Followers

Bilangan Pengunjung